Sunday, May 16, 2010

Rahsia Hidup

Setiap orang mempunyai kehidupan nya tersendiri dan unik. Walaupun kadang-kadang seakan mempunyai cerita yang sama tetapi pasti mempunyai versi yang berlainan. Setiap orang juga mempunyai sebab untuk menyembunyikan kisah hidup suka duka dan masa lampau mereka. Ada sesetengah perkara yang harus disembunyikan untuk kebaikan sesama sendiri. Ini lah yang dinamakan rahsia hidup.
Tetapi kekadang juga rahsia hidup ini lah yang diperlukan untuk merungkai setiap kekusutan masalah juga untuk mencapai kebahagiaan yang tulus dan ikhlas tanpa rahsia yang perlu disembunyikan. Ada ketika rahsia hidup seseorang itu perlu disembunyikan ada kala perlu didedahkan. Terpulang pada setiap individu untuk mencapai tahap penerimaan rahsia tersebut. Kita harus perlu gagahkan diri sendiri menghadapi hidup yang penuh cabaran dan liku. Sesungguhnya masa itu terlalu singkat untuk disiakan.
Ada juga mereka yang mahu merahsiakan sesuatu sehingga memaksa mereka untuk membuat cerita berlainan pada setiap individu yang berlainan. Ini sudah tentu akan menimbulkan versi yang berlainan dari satu individu dan pasti akan mendatangkan kekusutan sehingga akan memakan diri individu terbabit. Kebiasaan nya mereka ini malu untuk mengakui sesuatu. Individu seperti ini amat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan seseorang yang mempercayai dirinya. Individu seperti ini haruslah dielakkan supaya tiada sebarang kekusutan yang tiba.
Rahsia hidup adalah hak peribadi setiap insan, tapi tidak bermakna mereka harus membuat versi yang berlainan pada setiap individu berlainan. Belajar lah menerima hakikat...bahawa tidak semua perkara itu indah...juga tidak semua perkara itu pahit.