Saturday, November 7, 2009

Keli

Kelmarin En. Ali order ikan keli sungai untuk santapan lintah-lintah tersayangnya. Aku dah bagitahu kat Sedi tapi memandangkan permintaan di saat akhir keli tersebut hanya akan dipancing pada hari ini.....maksudnya esok lah penghantaran dilakukan. Macam minggu lepas jugak lah.

En. Ali hairan bila Sedi letak jer joran kat sungai tu mesti keli jer yang menyapa. Ikan lain tak de pun. Bukan Ali jer, aku pun hairan. Mungkin kat situ lubuk keli agaknya. Aku pernah pergi kat rumah jiran tak jauh dari rumah Sedi tu nak menyibuk akhirnya adalah berita sensasi yang nak dihebohkan.

Nak tahu apa? Ha.....pasal keli jugak. Cerita pakcik tu, dulu dia suka pancing dan menjala ikan (sungai kat tempat pakcik tu lebih lebar dari kat tempat Sedi tu yang boleh menjala) pun selalu jugak dapat keli. Satu hari tu dia dapat keli sungai yang amat besar. Aku ingat kan dia nak kelentong aku. Mungkin dia tahu dari riak wajah ku yang menyatakan dia loyar buruk, terus dia bawak aku tengok keli besar tu. Mak oi.......memang betul BESARRRRR.............Macam tak percaya pulak aku sampai naik takut aku tengok keli tu. Muka ganas semacam. Kalau kena sengat tak payah nak cakap lah. Kalau tak tahu jugak akibat kena sengat keli...ha bukak goggle cari sendiri (hahahahaha).

Harap-harap dapat keli sederhana besar esok. Minggu lepas besar-besar. Memang dah macam ular aku tengok sampai takut aku especially bahagian kepala macam ular tedung pulak. Ish ish ish lintah.....lintah.....kerana engkau lah aku jadi supplier keli.

No comments:

Post a Comment