Friday, January 3, 2014

HUJAN...BANJIR...PENEMPATAN..DERMA..



Alhamdulillah, tengahari ni matahari mula nampak di bumi tercinta, Kuching, Sarawak. Menyesal pulak tak habiskan cuci pakaian malam tadi. Ye lah, fikirkan hujan berterusan jadi rendam jer lah jawab nya hehehe.
Dah beberapa minggu ni hujan yang menyebabkan sesetengah tempat di kawasan Sarawak telah dilanda banjir dan limpahan air. Rasa nya semua telah tahu kerana telah mendapat liputan media cetak dan media eletronik. Nasib baik kat tempat aku tak banjir. Kalau seluruh Kuching banjir, baru tempat aku tu banjir. Nasib baik tinggal kat kawasan bukit. Suka tak suka tak suka tak..saya suka (bak kata Chef Ammar) hehehe.

Cakap pasal banjir, mesti fikirkan penempatan sementara untuk mangsa terlibat, kan. Aku tak berapa tahu pasal ni tapi dari segi penilaian yang dapat aku lihat, dengar dan baca kita belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran ini. Kita belum dilatih sebenar-benarnya untuk berdepan dengan masalah ini. Kebanyakkan orang akan memandang remeh perkara ini. Alahhh buka je dewan dan suruh mereka duduk kat dalam sehingga diumumkan keadaan selamat, sambil tu sediakan makanan dan ubat-ubatan yang diperlukan. Senang jer. Macam minum air, tak macam makan kacang. Makan kacang susah. Nak kopek kulit keras tu lagi, buang lapisan kacang lagi. Minum air lagi senang, hirup jer. Yer tak..

Mengenai penempatan sementara untuk mangsa dan keluarga terlibat, aku rasa perlu disediakan pelan dan barang-barang yang mesti ada untuk keselesaan mangsa. Ye lah kalau takde penduduk, tak payah susah payah sediakan semua tu kan. Takde penduduk, takde pemimpin, takde lah amanah kan. Maksud aku disini, sediakan seperti apa yang pihak Jepun telah sediakan untuk penempatan mangsa Tsunami mereka dulu. Contoh nya seperti gambaran di sebelah (gambar copy & paste dari Buasir Otak).
 
Memang aku tak nafikan kerana aku telah melalui proses ini dan pernah menjadi mangsa banjir ketika menetap di rumah mentua ku dulu. Memang sebijik. Aku yang tengah sarat waktu tu kena pandai-pandai bawa dirik. Ketika itu, aku dan yang lain ditempatkan di masjid tetapi dipindahkan ke dewan kerana air semakin naik. Semasa di masjid, ada seorang rela yang mengambil nama mangsa banjir dan aku lah yang ditanya pertama sekali. Siap cakap nama jiran-jiran. Okay, lepas ni adalah bantuan yang akan diberikan kerana nama sudah diambil. Tidak lama selepas itu, adik ipar ku memberitahu mereka meminta nama sekali lagi, aku pun tidak tahu kenapa perlu di ambil sekali lagi padahal mereka boleh merujuk kepada senarai pertama. Malangnya aku tidak sempat memberitahu mereka kerana kami diarahkan berpindah ke dewan kerana air sudah semakin naik dan dijangka masjid tersebut akan dinaiki air. Bila sampai di dewan, bayang mereka yang mengambil nama sudah tidak kelihatan dan malangnya aku tidak pernah mendapat bantuan kewangan yang diberi kepada mereka yang lain hanya kerana nama aku tidak ada di dalam list. Tidak apa. Duit tidak penting, yang penting nyawa. Sampai kat situ, mesti cepat-cepat cari port @ tempat masing-masing kalau tidak masalah pulak takde tempat nak tidur duduk semua. Fuhhhh tengah menaip ni pun aku mengeluh. Lepas tu aku suruh suami hantar rumah mak aku sebab tak tahan, tengah mengandung pertama macam-macam hal tak selesa. Tinggal suami aku kat sana pergi tengok mak bapak dan saudara mara yang lain. Sebab itu aku rasa perlu ada pelan yang sepatutnya sebelum sesuatu musibah. Mana yang kurang tu tambahkan. Bak kata orang putih, LESSONS LEARNED. Aku suka pendekatan orang Jepun ni. Mereka mementingkan penduduk bukan diri sendiri sahaja. Cuba fikirkan bagaimana kalau kita di situasi tersebut. Mesti nak sedikit keselesaan kan. Tak berebut-rebut kan. 

Cakap pasal derma pulak, jangan ingat musibah dalam negeri adalah kes terpencil. Kutipan derma pun nak tak nak jer. Aku ingat lagi hari tu aku pergi KL, lepas pramugari bagi ceramah keselamatan siap minta derma untuk mangsa taufan hadyai. Aku bangga waktu tu sebab Malaysia ni memang pemurah dan suka tolong menolong sesama jiran. Sebulan lepas tu, kejadian banjir di beberapa negeri di Malaysia pun berlaku. Kali kedua aku pergi KL, di hujung ceramah keselamatan oleh pramugari mereka umumkan permintaan derma untuk mangsa musibah. Aku ingatkan untuk penduduk setempat yang terjejas rupanya sangkaan aku salah. Masih untuk Hadyai. Kenapa tidak kutipan derma untuk mangsa musibah di tempat sendiri? Tidak mengapa, tuhan masih ada. Tuhan akan menolong hambaNya yang dalam kesusahan. Alhamdulillah, jika kita berdoa Allah akan makbulkan walau bagaimana cara pun. Salah satu adalah bantuan dari luar. 


Copy & Paste from Kaleejtimes.com
(Wam) / 23 December 2013

The UAE aid will help more than 20,000 Malaysian families in Kelantan state and in Pekan, in Pahang state, where floods swept several residential areas.


The President, His Highness Shaikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, has ordered the commitment of Dh36.6 million in humanitarian aid for tens of  thousands of people affected by the floods which hit Malaysia recently.
The UAE aid will help more than 20,000 Malaysian families in Kelantan state and in Pekan, in Pahang state, where floods swept several residential areas, wreaking wide destruction to properties.
The Red Crescent Authority (RCA) which will implement the initiative, will repair more than 20,000 damaged households and provide them with basic material procured from the Malaysian domestic markets.
The UAE’s initiative will enable more than 100,000 Malaysians to return to their homes and to begin working to restore their lives to normal.

Oleh itu, jika ditimpa musibah, minta dan berdoalah kepadaNya. Manusia boleh memberi dan melaksanakan sesuatu perkara hanya jika diperkenankan olehNya. Kita manusia hanya sebagai perantara sahaja. Hujan adalah rahmat. Untuk mereka yang mengambil kesempatan akan sesuatu musibah, semoga diberi peringatan dan jalan untuk berubah. Amanah adalah satu pekerjaan yang amat susah dilaksanakan. Jika anda rasa tiada kemampuan, jangan mengalas amanah yang diberikan. Setiap pekerjaan yang dilakukan akan mendapat balasan setimpal. Allah Maha Adil. 


























No comments:

Post a Comment