Saturday, December 5, 2009

Pengurusan Masa

Terus terang buat masa sekarang aku gagal dalam pengurusan masa. Banyak yang aku nak lakukan tapi tak sempat seolah-olah masa begitu mencemburui aku. Terasa seperti setiap hari aku membuang masa membuat sesuatu yang tak berfaedah kerana ku rasakan masa berlalu terlalu cepat bagiku.

Aku harus tegas terhadap loceng hidupku...untuk mengejutkan aku dari lena yang membuai....kerana sekarang loceng itu berkarat...sebab itu pengurusan masa ku amat lembap. Ini ternyata memberi kesan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Jadi sekarang aku terpaksa merombak kembali pengurusan itu dan mungkin terpaksa memanggil tukang loceng untuk membaiki loceng hidupku itu.

Tukang loceng itu adalah...diriku sendiri.

2 comments:

  1. part yang paling best utk dibaca & sharing..rasa insaf yang penuh syahdu...

    ReplyDelete
  2. huhuhu memang insaf..setiap perubahan itu perlukan pengorbanan

    ReplyDelete